Posted on

Faktor penyebab jeragat dan melasma ramai yang tidak tahu

 

 

 

Antara penyebab melasma

– Faktor keturunan (genetis)

– Ketika hamil

– Aktiviti hormon

– Pengubatan hormon

– Paparan ultra violet

– Stress

 

Jeragat adalah bintik-bitik berwarna coklat cerah yang berada pada kulit muka anda dan ianya tidak berbahaya tetapi ia berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kulit.

Ramai orang percaya bahawa jeragat degil berpunca dari kurangnya penjagaan kulit seseorang itu.

Pelindung matahari atau “sunscreen” tidak menghapuskan jeragat anda, tetapi ia membantu elakkan jeragat degil yang baru.

American Academy Dermatology menyarankan tips seperti ini:

  1. Pelindung matahari perlu mempunyai SPF 30 atau lebih.
  2. Gunakan pelindung matahari 15 minit sebelum melakukan aktiviti luar.
  3. Gunakan semula pelindung matahari 2 jam sekali terutama selepas berenang atau berpeluh berlebihan.

Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua ialah penambahan kedutan pada muka.

Bagaimanapun, antara masalah utama menyumbang wajah tampak berusia ialah disebabkan oleh kemunculan melasma atau juga dipanggil jeragat atau pigmentasi.

Semua masalah itu boleh dirawat dengan kaedah tertentu terutama dalam kalangan wanita berusia 30-an ke atas.

Apakah itu melasma? Ia adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya.

Setakat ini tiada barangan kosmetik atau barangan penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.

Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya iaitu kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormon menopaus.

Melasma hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil hormon.

Faktor lain yang menyebabkan melasma ialah pendedahan kepada sinaran cahaya lembayung unggu (UV) yang kronik atau komplikasi akibat salah penggunaan bahan kosmetik.

Melasma yang disebabkan kedua-dua faktor itu agak sukar dirawat.

Sebilangan besar kes melasma adalah disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari.

Jika anda mempunyai melasma, penggunaan krim pelindung matahari tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma merebak walaupun krim yang digunakan itu mengandungi bahan pencerah.

Jika anda mempunyai masalah melasma, janganlah membuang masa dan wang membuat rawatan cucian muka kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh di atasi sepenuhnya. Setakat ini, belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.

Jenis melasma

Untuk mengenal pasti kewujudan melasma sama ada dari jenis epidermal, dermal atau campuran, ia hanya boleh dilakukan oleh doktor estetik menerusi ujian woodlights.

Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights, doktor akan dapat membezakan sama ada melasma anda adalah jenis di permukaan kulit dalam kulit atau kedua-duanya.

 

Rawatan biochemic terbukti berkesan dan selamat. ingin info segera boleh klik link dibawah

 

http://www.biochemic.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.