Sale!

Hemorelief Biochemic ( Buasir)

RM60.00 RM49.00

wwszuzila / Pre-sale QuestionsIngin bantuan. klik untuk bantuan melalui wasap

Description

 

Buasir Boleh Sembuh Walaupun Tanpa Surgeri

Buasir di dalam bahasa Arab albawasir marad, di dalam bahasa biasa jika English ialah piles, di dalam perubatan mengguna istilah haemorrhoid. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman (internal) atau luaran (external) dan biasanya akan diikuti dengan pendarahan.

Hanya mereka yang menderitai penyakit buasir mengetahui betapa tersiksanya bila diserang buasir. Nak duduk salah, nak baring tak kena dan boleh dikatakan segala aktiviti akan menjadi lebih terhad. Bagi lelaki yang buasir berdarah, mengguna tuala wanita untuk menahan pendarahan adalah perkara biasa.

Buasir tidak memilih jantina lelaki atau perempuan, wanita mengandung sering terjadi buasir kerana kerap terjadi sembelit sewaktu tempoh mengandung.

Mengapa terjadi sembelit?

• Kerap menahan dari membuang air besar juga boleh menjadi punca kepada buasir
• Sembelit kronik dan najis yang keras
• Cirit birit kronik
• Rajin termenung dan duduk di dalam tandas terlalu lama juga menjadi punca buasir
• Sembelit atau cirit birit yang kronik
• Obesiti
• Keasidan di dalam perut dan kerap sendawa
• Mengandung
• Hubungan seksual sonsang melalui dubur
• Diet yang tidak seimbang dan kekurangan fiber.
• Jarang bersukan.

Prosedur biasa yang dicadangkan oleh pihak hospital ialah surgery sekiranya buasir itu membengkak dan terkeluar. Ia adalah jalan terpantas untuk membuang bengkak tersebut, namun proses itu amat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk kembali sembuh. Walaubagaimana pun buasir akan kembali menyerang selepas itu jika individu tersebut tidak mengubah dan mengamal diet pemakanan yang lebih seimbang dan berserat.

Hakikatnya tanpa pembedahan penyakit buasir boleh disembuhkan dengan mengambil makanan berserat, suplemen yang berserat seperti SSQ-3. SSQ-3 mampu membantu memudahkan pembuangan najis dan melembutkan najis, jadi dubur atau rectum tidak akan terluka dan membengkak.

Hemorelief adalah persediaan biochemic dan homeopathy yang mampu melegakan symptom seperti;
• Bengkak dan terasa sangat sakit di rectum (dubur)
• Gatal di rectum
• Pendarahan di rectum (anal fissure)
• Rectum yang membengkak.

Hemorelief mempunyai gabungan remedy yang sangat hebat untuk melegakan kesakitan dan pendarahan akibat buasir. Boleh diambil sepanjang masa tanpa risau kesan sampingan kerana remedy biochemic dan homeopathy tidak mempunyai bahan ubat atau bahan kimia yang boleh merosakkan organ atau menjadi ketagih.

Remedi yang sangat hebat untuk buasir di dalam Hemorelief ialah ;
1. Aesculus hippocastanum bagi symptom buasir yang membengkak dan sakit yang akan berlarutan terasa sakit walaupun sudah berjam-jam pesakit membuang air besar.

Rectum terasa seperti ada jarum yang menyucuk dari dalam. Sakit yang teramat sangat atau istilah “shooting pains” di rectum dan pinggang.

2. Hamamelis virginica akan membantu menambah baik saluran dan peredaran darah dan , melegakan symptom buasir yang sakit walaupun sedikit tersentuh dan mudah berdarah

3. Paeonia officinalis membantu symptom rectum terasa gatal, terasa rectum seolah-olah terbakar. Buasir yang kronik.

4. Ratanhia 30 juga berkaitan symptom buasir yang sakit dan terasa seperti sakit seperti terbakar sewaktu dan selepas membuang air besar. Ia juga kerap kali akan berdarah (fissure)

 

Cara makan

ambil 2 biji dikemam bawah lidah atau dihisap hingga cair 2-3 kali sehari

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hemorelief Biochemic ( Buasir)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.