Sale!

SET QAF (set lengkap jeragat)

RM190.00 RM150.00

wwszuzila / Pre-sale QuestionsIngin bantuan. klik untuk bantuan melalui wasap

Description

 

Set ini terdiri daripada Qspray,FVC30 dan Arnica30 adalah set lengkap dan booster kepada semua masalah jeragat luar dan dalam. Sesuai untuk semua orang walaupun tidak terdapat simptom seperti dibawah kerana biochemic bukan ubat.

Set ini sesuai bagi mereka yang pernah ambil pil perancang,IUCD,Implan dll kaedah menambah dan stabil hormon

Set ini sesuai untuk mereka yang pernah Caeserian,pembedahan dan pernah terjatuh dan terluka

Set ini sesuai untuk mereka yag pernah buat rawatan laser.

Q-Spray Kaedah Flower Bach Remedy Yang Hebat Untuk Rawat Jeragat

Bach adalah nama pengasas kepada kaedah unik untuk merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk pelbagai masalh penyakit kulit seperti jeragat. Terdapat 38 Flower Bach Remedies yang dikaji dan diperkenalkan oleh Dr.Edward Bach  seorang doktor yang dikenali didalam bidang bacteriologist, pathologist dan juga mengamalkan perubatan Homeopathy.
*Setiap remedi akan berkait dengan emosi manusia*, Dr. Bach percaya jika sesorang itu berjaya mengawal emosinya ia akan berjaya mengatasi pelbagai penyakit. Emosi yang sihat akan menjadikan sistem tubuh lebih cekap untuk mengembalikan kesihatan dengan secara semulajadi.

Bunga-bungaan telah lama digunakan untuk kecantikkan dan merawat masalah kulit. Pada zaman dahulu Indian Rose sering diguna untuk mengekalkan kecantikkan dan kulit yang cerah. Di China mereka mengamalkan sup Chrysanthemum untuk detox sistem tubuh melalui usus dan menghalang jangkitan bakteria.

Mengikut kajian dari pakar-pakar bunga-bungaan tidak mendatangkan kesan negatif atau kesan sampingan yang buruk, ,malah ia sangat-sangat membantu untuk kecantikkan kulit terutama jeragat yang degil untuk hilang.

Flower Bach seperti;

Lavender adalah antiseptik yang sangat hebat, ia mampu menyembuhkkan jeragat, pengeluaran minyak (sebum) yang berlebihan, merawat jerawat dan pori terbuka.

Marigold atau Calendula akan menjadikan kulit lebih bercahaya dan cerah

Jasmine sangat bagus untuk mereka yang berkulit sensitif.

Q-Spray adalah gabungan kebaikan bunga-bunga ini yang sangat efektif untuk merawat jeragat yang degil.

Yang berkaitan emosi yang kerap stress.

Kesan pengambilan pil perancang IUCD,implanon.dll

Jeragat yang bermula sewaktu mengandung (melasma) dan pengambilan pil mengganti hormon kerana simptom awal menopos dan selepas menopos.

Paling penting untuk sihat dan cantik ialah menjaga organ penting seperti buah pinggang dan hati. Q-Spray sangat selamat dan bebas dari bahan-bahan bertoksik dan bahan kimia. Cantiklah luar dan cantiklah di dalam.

 

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti lukalebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Arnica Montana Tumbuhan Hebat

Arnica 30 adalah remedi cecair yang boleh diambil dengan  kaedah “wet dose”. Arnica Montana adalah tumbuhan berbunga cantik dan seluruh bahagian dari tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan. Paling popular Arnica digunakan di dalam krim dan minyak untuk pelbagai kegunaan seperti krim melegakan keradangan, untuk jerawat, sementara minyak Arnica untuk melegakan kesan-kesan trauma akibat kecederaan seperti otot-otot yang bengkak, untuk mengawal rambut gugur dan banyak lagi kegunaannya.

Bunga Arnica yang cantik dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan

Perubatan homeopathy juga telah mengkaji dan mengguna Arnica semenjak lebih 200 tahun dan mendapati Arnica sangat-sangat hebat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. T

Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan, wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah “WET DOSE” Arnica 30 

Arnica 30 “Wet Dose” Untuk Hapus Jeragat

Arnica Montana merupakan salah satu remedi asal yang telah diperkenalkan oleh pengasas homeopathyiaitu Dr Hahnemann. Dr Hahnemann adalah seorang doktor alopaty yang tidak sanggup melihat kaedah bagi pendapat beliau satu kaedah perubatan yang sangat sadis dan kejam. Manusia dirawat dengan kaedah yang sangat menyakitkan untuk menghilang kesakitan tersebut, sebagai contoh jika seorang pesakit itu mengalami sakit kepala, para doktor pada ketika itu akan membedah kepala pesakit tersebut untuk merawatnya dan kerap kali pesakit itu akan meninggal akibat kesakitan yang bukan berpunca dari sakit kepala tetapi meninggal kerana pembedahan dan kehilangan darah yang banyak.

Terlalu banyak manfaat Arnica terhadap tubuh dan dianggap sebagai remedi serbaguna dan menjadi remedi amat penting bagi setiap pengamal perubatan homeopathy. Arnica boleh disediakan di dalam bentuk tablet dan cecair. Remedi cecair dikatakan lebih cepat menyerap kedalam sistem tubuh.

FVC-30 Biochemic Yang Hebat Untuk Rawat Jeragat

Boleh dikatakan hampir 99% pesakit jeragat yang membeli remedi produk alternatif biochemic untuk merawat jeragat FVC-30 adalah pesakit jeragat yang telah kecewa dan putus harapan untuk memulihkan wajah mereka yang menjadi semakin teruk akibat silap guna produk seperti krim pengelupasan, rawatan laser dan ubat-ubat atau suplemen seperti kolagen yang terjual dipasaran, tidak salahkan mereka kerana testimoni produk-produk itu sangat hebat.

Jeragat sangat berbeza dengan penyakit kulit lain yang akan timbul dipermukaan kulit, sebaliknya 99% jeragat akan berada dibawah lapisan kulit. Disebabkan keunikan inilah jeragat tidak akan settle dengan hanya sapu krim atau laser. Malah kesan sampingan seperti kerosakkan buah pinggang juga bakal terjadi jika mengguna bahan-bahan kosmetik yang bertoksik.

Biochemic Sangat Berkesan Bukan Hanya Merawat Jeragat

Biochemic sangat selamat dan remedi utama sebanyak 12 jenis adalah menyerupai 12 mineral yang terdapat di dalam tubuh seperti pengasas Biochemic telah mengkaji abu mayat dan menemui 12 mineral utama dan lebih kurang 80 mineral sampingan, ini bermakna terdapat lebih kurang 92 mineral di dalam tubuh kita. Kualiti dan kuantiti mineral ini akan berhantung daripada pemakanan yang kita ambil setiap hari. Sekiranya makanan yang diambil berkurangan zat mineral-mineral ini akan berkurangan dan akan menjejaskan kesihatan tubuh.

Sebelum Biochemic mula diperkenalkan, orang ramai telah diperkenalkan dengan supplemen yang ditambah dengan bahan-bahan kimia yang dikatakan selamat untuk tubuh terutama kepada buah pinggang dan hati tetapi sebaliknya jika pengguna mengambil didalam tempoh masa yang panjang risiko kepada buah pinggang dan hati tidak dapat dielakkan.

Kini ramai yang menarik nafas lega apabila Biochemic boleh dijadikan sebagai pengganti kepada suplemen yang mengandungi bahan-bahan kimia. Biochemic telah diuji dimakmal dan saintis telah mengesahkan tidak ada bahan kimia atau logam berat. Biochemic telah digunakan diseluruh dunia sebagai suplemen untuk menambah nutrisi dan mineral.

Muka adalah tempat paling awal akan terjadi perubahan apabila mineral-mineral ini berkurangan. Jeragat, bintik-bintik, muka kusam, pucat dan berminyak adalah petunjuk awal sistem tubuh mula berkurangan mineral-mineral penting di dalam tubuh.

Bagaimana Biochemic Mampu Merawat Jeragat?

Gaya hidup moden telah menjadikan tubuh kita terdedah kepada pelbagai unsur negatif dan melalui pelbagai unsur seperti stress, kerisauan, kekurangan nutrisi, makanan yang berlebihan perisa seperti MSG, electro-pollution seperti telefon pintar, computer, microwave dan lain-lain, toksin dari persekitaran seperti racun serangga, logam berat seperti penampal gigi dan pelbagai unsur-unsur yang negatif lain.

Biochemic akan menjadi supplement yang selamat dan mampu mengekalkan keseimbangan tubuh dari kekurangan mineral seperti yang terdapat di dalam FVG-30 yang mempunyai mineral-mineral yang penting untuk kesihatan kulit seperti ;
• Mengekalkan keanjalan tisu kulit
• Mengembalikan dan membina sel yang rosak
• Mencuci darah
• Anti keradangan
• Membuang toksik
• Mencuci hati
• Menguatkan tisu-tisu penyambung

FVG-30 bukan hanya merawat jeragat tetapi FVG-30 akan merawat seluruh sistem tubuh. Muka bersih, sistem darah di dalam keadaan terbaik, sel-sel tisu berada di dalam keadaan sihat dan akan kelihatan lebih muda.

 

cara pengambilan kedua remedy ini sama

  1. Masukkan 2 sudu air dalam cawan. Spray 1-2 kali Qspray.
  2. Minum dan kemam bawah lidah dalam 30-60 saat dan telan perlahan-lahan
  3. Tunggu 5-10 minit baru ambil Fvc30 dan Arnica dengan kaedah yang sama.
  4. Jika rasa susah boleh spray 1-2 terus kebawah lidah dan kemam seketika baru telan.

Elakkan cafein jika boleh. Jika tidak boleh. Sila jangan ambil cafein 30 minit sebelum dan selepas ambil remedy diatas.

 

 

 

 

 

 

 

FAQ

 FAQ
1. Saya hamil dan mengandung,boleh ambil remedy ini?

Boleh, sepia dan melasme free  dan remedy oral yang lain adalah remedy oral yang kaya dengan garam mineral dan baik untuk ibu-ibu mengandung dan anak dalam kandungan.

2. Adakah ubat ini dapat kelulusan dan ada KKM ?

Semua remedy single homepathy dan biochemic bukan di klasifikasikan sebagai ubat  dan tidak tertakluk dengan akta racun 1952. Oleh itu semua remedy single homeopathy dan biochemic bukannya ubat dan tidak perlu KKM. Oleh  sebab itu  remedy homeopathy tidak dipangil ubat kerana bukan dalam pengelasan ubat.

3. Adakah remedy ini halal ?

Ya.sudah tentunya halal,kandungannya tiada unsur-unsur binatang dan meragukan.

4. Bolehkah ambil dengan ubat lain?

Boleh, jarakkkan 1-2 jam dan jangan ambil serentak terutama yang ambil ubat-ubatan doktor dan tradisional kerana tidak mahu menganggu penyerapan biochemic.

5. Berapa lamakah tempoh keberkesanannya?

Tempoh bergantung pada masalah dan punca jeragat samada masalah hormon dll. Cadangan hendaklah diambil dalam tempoh 2-6 bulan untuk mendapatkan kesan terbaik dan penyembuhan secara holistik. Akan tetapi kebanyakan mereka yang sudah laser,alami masalah hormon ada yang sembuh dalam masa singkat 2-5 minggu. Yang menyembuhkan semua dengan izin Allah,biochemic dll ssbagai asbab usaha dan ikhtiar.Manusia tiada kuasa.Allah berkuasa.

6. Bagaimanakah cara cepat nak membelinya?

Belian boleh dilakukan diweb zuzila.club.com atau wasap kode JERAGATCLUB ke 012 3400 557

7. Apa beza semua remedy ini dengan remedy yang lain?

 

 Rawatan dan pemberian remedy bergantung kepada masalah dan punca jeragat yang dihadapi seperti masalah hormon,masalah penggunaan pil perancang dll. Oleh itu bagi mendapatkan remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda. Anda boleh wasap disini sila klik http://bit.ly/2H9AhDP untuk mendapat khidmat nasihat percuma.
8. Saya takut nak beli online,takut kena tipu?

Kami menjalankan perniagaan secara jujur di online sudah sekian lama. Pelanggan kami tiada masalah menerima pesanan mereka.

9. Berapa lamakah proses penghantaran?

Kami menggunakan khidmat poslaju.Anggaran sampai 2-3 hari bekerja di semenanjung. 2-5 hari bekerja di sabah dan sarawak.

10. Bilakah pesanan akan dipos jika bayaran sudah dibuat?

Kami akan semak bayaran anda dan jika bayaran sudah disahkan.Pengeposan akan dibuat pada hari yang sama bagi order sebelum 2 pm. Dan selepas 2 pm akan dipos keesokan harinya.

11. Produk ini asal dari mana?

Material produk diimport dari Germany, Pakistan dan India. Formulasi dibuat oleh pakar homeopathy dan biochemic tempatan  dari Malaysia.semua bahan yang digunakan halal dan suci.

 

12. Saya perlu ambil set atau single produk

Rawatan dan pemberian remedy bergantung kepada masalah dan punca jeragat yang dihadapi seperti masalah hormon,masalah penggunaan pil perancang dll. Oleh itu bagi mendapatkan remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda. Anda boleh wasap dengan klik link ini http://bit.ly/2H9AhDP untuk mendapat khidmat nasihat percuma.

Disarankan untuk mengambil selama 2-6 bulan hari berturut-turut untuk mendapat kesan yang terbaik.

 

13. Jika saya tidak mengambil remedy ini lagi adakah jeragat saya akan kembali semula?

Remedy biochemic dan homeopaty bersifat mengimbangi seluruh tubuh supaya sihat.Jeragat tidak akan terjadi jika sudah sembuh sepenuhnya dan selagi anda tidak mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan jeragat seperti pil hormon seperti pil perancang,stress,penggunaan skincare dan kosmetik bersifat kimia dan gaya hidup tidak sihat.

 

14. Adakah biochemic dan homeopathy mempunyai pantang larang?

Elakkan cafein 30 minit sebelum dan 30 selepas memngambil remedy biochemic dan homeopathy kerana cafein boleh melambatkan proses penyerapan.Melanin juga suka terbukti secara saintifik menyebabkan melanin bertambah dan tidak bagus untuk rawatan jeragat.

 

15. Bolehkah saya ambil skincare,ubat,jamu,vitamin lain bila mengamalkan remedy ini?

Boleh,cuma perlu jarakkan waktu pengambilan 1-2 jam.Jangan ambil serentak.Skincare pastikan yang bukan non chemical base. Skincare chemical akan merosakkan kulit kerana ada bahan kimia berbahaya seperti mercury dll. Kebanyakan krim,serum pengelupasan dipasaran 95% mengandungi bahan kimia walaupun jumlahnya sedikit. Cari yang organic.

 

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SET QAF (set lengkap jeragat)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.