
Homeopathy & Biochemic Merawat Jeragat Mengikut Simptom
Sejak akhir-akhir ini, perubatan homeopathy & biochemic telah mendapat perhatian ramai terutama wanita berjeragat. Ramai wanita terasa ditipu oleh produk-produk seperti krim, minyak, jus minuman, laser dan cara pengelupasan.
Kejayaan homeopathy & biochemic merawat jeragat sudah mula diperbincangkan oleh pakar-pakar kulit yang menganggap remedi homeopathy ada sekadar placebo (tidak ada sebarang khasiat). Sebaliknya ramai wanita berjeragat akan mula menjalani proses pemudaran seawal 2-4 minggu selepas mengambil remedi homeopathy berbanding kaedah moden yang pantas tetapi akan kembali menjadikan wajah comot selepas berhenti mengguna produk atau selepas berjemur di bawah panas matahari.
Jeragat seperti yang diketahui puncanya sebenarnya masih tidak dapat dikenal pasti. Beberapa faktor dan simptom yang kerap dikaitkan dengan jeragat. Homeopathy & biochemic mempunyai remedi untuk pelbagai masalah seperti di bawah;
1. SP30 – Jeragat berpunca dari hormon
SP30 merawat jeragat bagi wanita yang mengalami masalah hormon. Jeragat akan kelihatan di pipi, dahi dan hidung. Jeragat terjadi di dalam beberapa warna seperti kecoklatan, kekuningan atau kehitaman, kulit akan menjadi kasar dan keras. SP30 juga untuk wanita yang mengalami jeragat sewaktu kehamilan dan selepas bersalin. Sewaktu mula menopause, yang akan terjadi lingkaran mata hitam tetapi agak jarang terjadi.
2. PN30 – Jeragat berpunca dari masalah haid tidak teratur
PN30 sangat efektif kepada wanita yang mengalami jeragat akibat masalah haid. Masalah haid tidak teratur termasuk haid yang sering lambat (delayed), haid yang sedikit (scanty) dan haid yang tidak datang (suppressed). Jeragat akan tumbuh di muka dan kadang-kadang sebagai freckle (bintik-bintik seperti tahi lalat). PN30 juga sangat-sangat membantu jika jerawat terjadi akibat masalah haid tidak teratur.
3. CS30 – Jeragat yang sering menjadi teruk bila kerap terdedah kepada sinaran matahari
CS30 adalah remedi yang amat efektif bagi simptom, jeragat akan menjadi lebih teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari dan angin, wajah akan terasa gatal-gatal. Jeragat akan ternampak diseluruh muka dan paling ketara di pipi dan hidung. Warna jeragat akan terjadi kekuningan atau kecoklatan.
4. BA30 – Sangat hebat untuk jeragat dan menghapus parut
BA30 sangat efektif dan boleh diharapkan untuk merawat kesan lama jeragat, parut dan kesan jerawat jika ada. Biasanya kulit akan terasa berminyak dan pipi terasa panas.
5. SLP30 – Jeragat, gatal dan pernah mengguna krim pengelupasan
SLP30 sangat berkesan untuk merawat wanita yang pernah mengguna krim pengelupasan. Simptom utama mempunyai kulit yang kering dan kelihatan tidak sihat (kusam). Kulit muka terasa sangat gatal dan panas jika berada di kawasan lembab dan bersuhu panas.
6. PSM30 – Untuk muka berjeragat dan kadang-kadang berjerawat di dalam masa yang sama, melekit, berminyak, kusam dan pucat
Muka kelihatan sangat tidak sihat, jeragat yang kadang-kadang terdapat jerawat juga di dalam masa yang sama. Muka pucat, kusam dan kelihatan tidak sihat, gatal dan kadanng-kadang di susuli jerawat bernanah atau tidak bernanah.
7. LM30 – Paling efektif untuk jeragat kepada wanita yang sedang di dalam proses ke arah menopause
LM30 adalah pilihan atau boleh digabungkan dengan SP30 bagi merawat jeragat kepada wanita yang sedang alami proses ke arah menopause. Simptom jeragat bagi wanita yang memerlukan LM30 ialah jeragat akan berwarna seolah lebam kebiruan-jingga atau jingga kebiruan dan kehitaman dan disusuli beberapa simptom menopause.
8. THO30 – Jeragat dan freckles (bitnik-bintik seperti tahi lalat) di dalam masa yang sama.
THO30 juga boleh digabungkan dengan BA30, bila jeragat dan freckles bergabung. Simptom seperti kulit kelihatan kotor, kering, muka dipenuhi kesan kecoklatan. Muka juga kelihatan pucat, terdapat lingkaran mata hitam. Jeragat atau freckles juga akan kelihatan di tangan dan lengan, kulit sangat sensitif jika disentuh.
9. ARN30 – Jeragat akibat pembedahan
Jeragat juga boleh terjadi akibat salur darah sempit atau tersumbat, sehingga pengaliran darah terhenti dan menimbulkan kesan kehitaman jeragat di muka. ARN30 juga boleh digabungkan dengaan THO30 untuk mendapat kesan yang lebih pantas.